Rabu, 07 Maret 2012

Mengenal Diri Melalui Rasa Hati

Muqadimmah

ISLAM yang Allah redhakan kepada kita yang disampaikan melalui pesuruh-Nya Nabi Muhammad SAW adalah satu syariat yang menyuluh persoalan hidup lahir dan batin. Syariat lahir disebut syariat. Syariat batin disebut hakikat. Ini amat patut dan sesuai dengan struktur kejadian manusia itu sendiri yang mana merupakan
kombinasi dan paduan antara jasad lahir dan jasad batin.
Jasad lahir ialah semua anggota kita yang nampak dengan mata kasar. Manakala jasad batin ialah jasad ghaib yang menggerakkan seluruh anggota lahir yang boleh berfikir, merasa, mengingat, mengetahui, memahami dan apa sahaja yang kita miliki dalam diri kita masing-masing (yang lebih dikenali sebagai roh).
Allah SWT menetapkan bahawa syariat lahir adalah untuk diamalkan oleh jasad lahir manakala syariat batin adalah untuk diamalkan oleh jasad batin iaitu roh.
Sesuai dengan lahir batin kita yang berpadu erat tanpa terpisah-pisah maka amalan lahir dan batin wajib dilaksanakan serentak dalam satu masa di semua waktu dan semua keadaan.
Kalau kita mengasingkan atau menolak salah satu dari amalan ini kita tidak mungkin menjadi hamba Allah (Islam) yang sebenar sebab Islam memandang
syariat itu sebagai kulit, manakala hakikat itu ialah intipati.
Kedua-duanya sama penting dan saling perlu memerlukan, ibarat kulit dan isi pada buah-buahan. Kedua-duanya mesti ada untuk kesempurnaan kewujudan buah itu sendiri. Tanpa kulit isi tidak selamat malah isi tidak mungkin ada kalau kulit tidak ada. Sebaliknya tanpa isi, kulit jadi tiada bererti apa-apa. Sebab buah dimakan bukan pada kulit tetapi isinya. Begitu juga hubungan antara' syariat dan hakikat,
Kedua-duanya mesti diterima dan diamalkan serentak. Kedua-duanya saling isi mengisi dan perlu, memerlukan. Kalau kita bersyariat sahaja (ertinya berkulit sahaja tanpa isi), itu tidak membawa erti apa-apa di sisi Allah.
Sabda Rasulullah SAW :
Terjemahannya: Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi Dia memandang hati dan amalan kamu.
(Riwayat: Muslim)

Sebaliknya kalau kita berhakikat sahaja (isi tanpa kulit), maka tiada jaminan keselamatan oleh Allah SWT. Hakikat itu akan mudah rosak dan kita tiada akan memperolehi apa-apa langsung, hatta Islam kita akan rosak tanpa sedar.
Berkata Imam Malik Rahimahullahu Taala:
Terjemahannya: Barangsiapa berfeqah (syariat) dan tidak bertasawuf maka ia jadi fasik. Barangsiapa yang bertasawuf (hakikat) tanpa feqah maka
ia adalah kafir zindik.

Ertinya kita mesti mengamalkan kedua-duanya sekali iaitu syariat dan hakikat. Kalau kita ambil salah satu kita tidak akan selamat. Kalau kita bersyariat sahaja tanpa dibendung oleh hakikat, kita jadi fasik. Dan kalau kita berhakikat sahaja tanpa kawalan syariat, maka hakikat itu akan mudah rosak dan bila terjadi begitu kita akan jatuh kafir zindik (kafir tanpa sedar) .

Begitulah kepentingan kedua-dua syariat dan hakikat. Tetapi dalam keadaan keduanya, hakikatlah yang lebih utama.
Benarlah sabda Rasulullah SAW :
Terjemahannya: Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi Dia memandang hati dan amalan kamu.
(Riwayat: Muslim)

Bukanlah bermakna syariat itu tidak dituntut, bahkan syariat juga adalah hukum-hukum yang fardhu yang wajib diamalkan oleh semua umat Islam.
Cuma dalam keadaan keduanya (syariat dan hakikat) yaitu sama-sama diamalkan, Allah memberi keutamaan pada amalan hakikat. Bandingannya, antara kulit dan
isi buah (dalam keadaan keduanya sama pentingnya) tetapi manusia memberi keutamaan pada isi sebab ia boleh dimakan.
Begitulah peranan hakikat. Ia menjadi penentu kepada berakhlak atau tidaknya seseorang manusia kepada Allah dan kepada sesama manusia.
Orang yang tinggi pencapaian tasawufnya adalah orang yang hatinya hampir dengan Allah, sentiasa merasakan kebesaran Allah, sedang dirinya maha lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan Allah, sangat beradab dengan Allah dan adalah seorang zahid yang dapat mengorbankan dunia untuk Tuhannya.
Seorang zahid juga adalah seorang yang mampu mengasihi semua manusia, bersedia untuk susah untuk manusia dan yang bakal menyelamatkan manusia dari tipuan dunia, nafsu dan syaitan.
Sebaliknya orang yang lemah dalam amalan batin adalah orang yang jauh dan terpisah hatinya dari Allah (tidak takut dengan Allah, tidak malu, tidak harap, tidak cinta Allah, tidak redha dan tidak sabar), kurang beradab dengan Allah (penuh hasad, sombong, bakhil, dendam dan pemarah) dan seorang pencinta dunia yang bekerja keras hanya untuk dunianya. Orang begini selalu dibelenggu oleh kecintaannya itu hingga menjadikan ia takut untuk berjuang dan berjihad untuk agama Allah dan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Orang yang tidak berhakikat (sekalipun sembahyangnya banyak, puasa, baca Quran dan gigih berjuang) adalah orang yang kurang berakhlak dengan Allah dan kurang berakhlak dengan manusia.
Kekurangan pada amalan batin inilah yang menjadikan orang-orang yang tidak berhakikat itu selalunya mati dalam dosa yang tidak sedar. Mungkin dosa kerana buruk sangka dengan Allah, putus asa dengan ketentuan Allah, tidak redha dengan takdir Allah dan dosa kerana merasakan amalan lahirnyalah yang bakal menyelamatkan dirinya dari neraka Allah.
Rasa riak, ujub atau rasa diri bersih itu adalah dosa batin yang tiada siapa yang nampak, bahkan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Kecualilah orang yang mempunyai basirah (pandangan hati yang tembus) sahaja yang boleh mengesannya.
Nanti di akhirat bila Allah dedahkan segala kesalahannya (dosa-dosa batin itu), baru dia terkejut dan tersentak.
Ulama tasawuf berkata:
"Biarlah sedikit amalan beserta rasa takut pada Allah, kerana itu lebih baik daripada banyak amalan tetapi tiada rasa takut dengan Allah.
Lebih baik orang yang merasa berdosa dan bersalah dengan Allah daripada orang yang banyak amalan tetapi tidak rasa berdosa pada Allah bahkan dia merasa tenang dengan amalan itu."
Firman Allah:
Terjemahannya: Hari kiamat ialah hari di mana harta dan anak-anak tidak dapat memberi manfaat, kecuali weka yang mengadap Allah membawa hati yang selamat sejahtera.
(Asy Syuara: 88-89)

Hati yang selamat sejahtera ialah hati yang bertaqwa yang berisi iman, yakin, ikhlas, redha, sabar, syukur, tawakal, takut, harap dan lain-lain rasa hati dengan Allah SWT. Hati yang sentiasa merasa sihat dalam sakit, kaya dalam kemiskinan, ramai dalam keseorangan, lapang dalam kesempitan dan terhibur dengan apa sahaja ujian kerana ia bersikap redha dengan apa sahaja pemberian Tuhannya.
Untuk memperolehi hati yang begini, kita mesti bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu untuk melakukan amalan lahir dan batin (syariat dan hakikat). Kedua-duanya akan saling kawal mengawal untuk mengangkat kita ke taraf taqwa. Syariat dan hakikat akan mendidik dan memimpin kita menjadi seorang insan yang kamil yang mampu memenuhi keinginan dan keperluan fitrah semulajadi manusia secara suci lagi mulia.
Orang beginilah yang Allah maksudkan sebagai golongan as siddiqin atau golongan al 'Ariffin. Sifat mereka Allah senaraikan dalam Surah Al Furqaan ayat 63 - '74:
Terjemahannya: Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang (hamba-hamba yang baik) itu ialah mereka yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan.
Tejemahannya: Dan mereka yang berjaga di malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka (orang -orang yang bersembahyang tahajjud di malam hari semata-mata kerana Allah).
Terjemahannya: Dan orang -orang yang berkata: Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab jahannam dari kami. Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal.
Terjemahannya: Sesungguhnya jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.
Terjemahannya: Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dun tidak (pula) kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) pertengahan.
Terjemahannya: Dan mereka juga tidak mengharap (menyembah) yang lain di samping Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah
(orang Islam) kecuali yang dibenarkan syarak (pembunuh, penzina murtad) dan tidak juga berzina. Barangsiapa yang melakukan yang demikian itu nescaya dia akan menerima pembalasan dosanya
.

Terjemahannya: (Yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina.
Tejemahannya: Kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh, kejahatan mereka Allah gantikan dengan kebajikan. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Terjemahannya:
Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh maka sesungguhnya mereka bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.
Terjemahannya: Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan diri
Terjemahannya: Dan orang-orang yang apabila diberi ingatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka tidaklah mereka menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.
Terjemahannya: Dan orang-orang yang sering berdoa: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa. "

Merekalah orang-orang yang bertaqwa yang akan memperolehi ketenangan hidup di dunia dan di akhirat. Tempat untuk kita mempelajari dan mencontohi kehidupan yang berbahagia ini ialah kehidupan solafussoleh.
Mereka telah menjalani suatu kehidupan yang mana mereka menerima dan mengamalkan sepenuhnya kehendak syariat dan hakikat. Dan hasilnya, mereka (para solafussoleh) menjadi orang-orang yang bahagia lagi membahagiakan orang lain.
Sejarah 15 abad yang silam memberitahu kepada kita bahawa 3/4 dunia menjadi tenang, aman dan damai di bawah pentadbiran mereka. Dan kawan mahupun lawan terasa selamat berada di dalam kekuasaan mereka.
Demikianlah, dan inilah satu kenyataan bahawa kiranya manusia patuh menjalani syariat lahir dan batin, selamat dan berbahagialah mereka di dunia dan di akhirat.
Allah berfirman:
Terjemahannya: Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan amal soleh di antara kamu bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana diberi kuasa kepada orang sebelum mereka Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-NJa untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang engkar sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang fasik.
(An NUT: 55)

=== sekian ===

Mengembalikan Remaja Ke Pangkuan Kemuliaan

PENDIDIKAN BUKAN UNTUK MELAHIRKAN ORANG PANDAI
by kawan sejati
Dalam ajaran Islam, target pendidikan bukanlah hendak melahirkan orang pandai saja. Yang kita harapkan dari pendidikan, adalah lahirnya manusia-manusia yang :
berakhlak mulia,
bersungguh-sungguh dalam beribadah,
benci dunia,
boleh berkasih sayang,
bantu membantu dan
maju dalam pelajaran
.
Tetapi dunia hari ini hendak satu iaitu hendak orang pandai. Bila ia fokuskan itu, orang tidak fikir lagi kasih sayang, kerjasama, tidak fikir masa depan. Kalau hendak didik orang atas dasar pandai, senang. Hendak jadi syaitan atau jadi jin, tidak kira. Tetapi itukah yang kita hendak. Kalau manusia sudah rosak, apa nilainya lagi.

Apakah dunia boleh diselamatkan hanya dengan orang-orang pandai sahaja? Tentu tidak boleh. Bahkan ramai orang yang bertambah pandai, maka akan bertambah berat kejahatan yang dibuatnya. Tidak pandai pun tidak apa kalau akhlak dia baik, kalau orang cinta Tuhan, kalau ada kasih sayang dan perpaduan. Inilah rosaknya dunia hari ini. Hanya fikir macamana hendak dapat A, hendak dapat 5A atau 8A. Akhlak tidak fikir, kasih sayang, perpaduan, kerjasama, kejujuran tidak difikirkan.

Pelajar yang punya otak yang baik, barangkali dia boleh pandai tetapi belum tentu dia boleh buat kerja. Boleh jadi dia jumud. Belum tahu dia seorang yang boleh beribadah dengan baik. Belum tahu dia boleh berkasih sayang dengan semua orang. Belum tahu dia boleh sabar dengan semua ujian yang Allah berikan dan belum tahu dia boleh benci dunia. Jangan-jangan dia gila dunia. Kalau begitu, dia bukanlah calon pelajar terbaik. Jangan-jangan yang secara lahir kelihatan jahat itu seorang yang sangat boleh berkasih sayang dengan orang dan lebih bijak.

Namun sudut kepandaian inilah yang diambil oleh negara dalam menilai seseorang. Kerajaan menganggap kejayaan itu adalah berjaya dalam pelajaran. Sebab itu ditumpu ke arah itu. Pelajar yang pandai akan dibelai-belai, hingga akhirnya lahirlah manusia sombong. Dia rasa dia superman, sebab dilayan lebih istimewa dari pelajar yang tidak pandai. Kelas pun dibuat pemisahan berdasarkan kepandaian pelajar. Ini mengajar orang berkasta-kasta, ada kroni-kroni. Orang yang tercicir, dia tidak pedulikan. Datang sakit hati dan dendam. Betapa bahayanya kalau terjadi begitu.

Dalam mendidik dan menilai manusia, Islam tidak memandang hanya dari satu sudut. Kita mesti menerima setiap orang ada peranannya kepada masyarakat dan kepada dunia ini. Tidak seorang pun dilahirkan sia-sia. Maka setiap satu kelas elok dicampurkan. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Orang yang akalnya cerdik tidak mesti baik dalam hal-hal yang lain. Ukuran pendidikan bukan pada akal yang baik sahaja. Orang yang akalnya baik sahaja, mungkin dia boleh jadi pandai tetapi mungkin orang itu tidak boleh membuat perniagaan dengan jayanya. Sedangkan dunia memerlukan budayawan, korporat, pemimpin, cikgu dan lain-lain.

Kalau hendak adakan kelas, subjek tidak sama, itu boleh dipisah-pisahkan. Contohnya subjek berniaga, maka bolehlah dikumpulkan orang-orang yang sama-sama hendak belajar berniaga. Tetapi bila berkaitan dengan perkara bersama, itu elok dikumpulkan satu supaya tidak timbul konflik jiwa dan perasaan sebab kalau kita bahagi-bahagi berdasarkan akal semata, sedangkan perkara yang hendak diceritakan itu sama, kedua-dua puak rosak. Satu puak rasa tersisih, tidak dihargai. Mentang-mentanglah jahat. Puak yang satu lagi akan menjadi sombong. Sekali lagi pelajar tidak baik bila dipisahkan berdasarkan kepandaian. Kecuali kalau hendak belajar subjek yang tidak sama. Tetapi kalau subjek sama, dipisahkan atas dasar kepandaiannya, bahaya bagi semua golongan. Dua-dua golongan akan rosak.

Jangan kerana hendak selamatkan pelajarannya di umur muda, lupa bahawa nanti akan wujud kasta-kasta. Pengasingan yang selama ini dibuat ikut pandai atau tidak berdasarkan keputusan peperiksaan. Ia satu teori barat yang dipakai dalam sistem pendidikan. Macam sijil, itu adalah teori barat. Mengikut akal ada logiknya. Kalau ada sijil, kita tahu dia belajar. Tapi belum tentu pandai. Setidak-tidak, kita dapat kesan yang dia belajar. Side effectnya, orang yang pandai tetapi tidak ada sijil dikorbankan. Kita akui sijil itu membuktikan dia belajar. Tetapi apa akan berlaku kepada orang yang pandai tetapi tidak ada sijil? Karena ukurannya sijil,akhirnya orang pandai tak bersijil tak dimanfaatkan oleh negara. Ertinya negara tak gunakan aset dari Tuhan untuk negara tersebut.

Kalau kita lihat sejarah zaman kegemilangan Islam di beberapa negara Arab di Timur Tengah, kesan-kesan sejarah menunjukkan dalam sebuah masjid itu ada 5-6 kelas di penjuru-penjuru masjid. Itu bukan dikatakan ini budak Sains sahaja atau budak sastera sahaja. Siapapun boleh masuk di situ. Katalah ada yang hendak belajar dengan Hassan Basri, maka dia pergilah belajar subjek pagi itu tidak kira berapa umurnya, walau apa pun kategori manusianya. Sistem itu melahirkan manusia syumul.

Ada satu kisah menarik, realiti sejarah. Waktu Sayidina Ali menjadi Amirul Mukminin, khalifah yang keempat, waktu itu Islam sudah menjadi empayar. Pusat pemerintahannya di Iraq. Ada sebuah masjid terkenal di Basra.Satu hari, Sayidina Ali pergi buat melawat masjid itu. Masa itu ramai lagi sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang masih hidup tetapi sudah tua. Ada yang berumur 80, 90 dan 100 tahun. Saidina Ali melawat Masjid Basra. Antara yang mengajar di masjid itu ialah Hassan Al Basri yang waktu itu baru berumur 12 tahun. Sayidina Ali terkejut. Yang belajar itu ada yang muda-muda, yakni golongan tabiin, ada juga di kalangan Sahabat yang menjadi murid Hassan Al Basri. Jadi yang menjadi muridnya, ada yang berumur 20 tahun dan ada yang berumur 90 atau 100 tahun. Yang mengajar berumur 12 tahun iaitu Hassan Al Basri, seorang ulama besar. Sayidina Ali buat spot check kepada guru-guru yang sedang mengajar di setiap penjuru mesjid. Jadi orang semua tidak bersedia. Kalau tidak, tentu tidak buat kelas hari itu sebab pemimpin datang. Sayidina Ali buat satu soalan dan siapa yang boleh jawab soalan, boleh terus mengajar. Kalau tidak boleh jawab, tidak boleh mengajar lagi di masjid itu. Sedangkan semua yang ada itu adalah ulama besar.
Soalannya ialah, Apakah yang boleh menyelamatkan manusia daripada tipuan dunia? Seorang pun tidak boleh menjawab dengan tepat melainkan Hassan Al Basri. Dia kata, apa yang boleh menyelamatkan manusia ini daripada tipuan dunia ialah zuhud. Dengan perintah khalifah, semuanya tidak boleh mengajar lagi kecuali Hassan Al Basri. Itulah kehebatan pemerintahan Islam waktu itu. Muda-muda lagi sudah jadi ulama.

Cara Barat menetapkan keistimewaan hanyalah pada kemampuan akalnya. Ini sangat tidak sesuai untuk manusia sebab bagi manusia akal itu bukan keutamaan. Raja diri manusia itu ialah rohnya. Jadi kita hendak cari siapa yang paling tinggi rohnya, itu pelajar terbaik dalam kelas kita. Biasanya budak yang rohnya bagus, akalnya turut ikut bagus. Kalau ada yang akalnya best in the world, tetapi bila jin sudah masuk dalam hatinya, pada kita itu mereka itu syaitan sahaja. Menilai ruhiyyah manusia itu mesti dimasukkan dalam silibus. Sistem pendidikan mesti dapat melahirkan anak-anak yang kuat rohnya, terasah akalnya dan terdidik nafsunya.

Sekolah yang canggih bukan terletak pada kegagahan bangunannya, bukan pula pada sijil pensyarah-pensyarahnya. Secara mata lahir dan akal pun kita sudah melihat bahwa kegagahan bangunan sekolah tidak pun dapat menjadikan orang Islam dapat mengatasi bangsa lain. Kecanggihan sekolah adalah diukur sejauh mana sekolah itu dapat membawa pelajarnya pada Tuhan. Sejauh mana sekolah itu dapat melahirkan orang-orang Tuhan. Pendidik perlu benar-benar mengenal manusia yang akan dididiknya dan juga para pendidik mesti mengenal Tuhan agar ia dapat membawa anak didiknya menuju Tuhan. Jika hal ini benar-benar diberi tumpuan, insyaAllah, demi Tuhan yang Maha Kuasa, Tuhan tidak akan menyia-nyiakan usaha ini.

Mengembalikan Remaja Ke Pangkuan Kemuliaan

MUSUH BERJAYA MENAWAN HATI ANAK KITA

by kawan sejati
Apa yang berlaku pada anak-anak remaja kita sebenarnya adalah teguran dari Tuhan untuk kita semua. Allah mengingatkan betapa selama ini kita telah cuai akan tanggung jawab pendidikan penerus bangsa. Selama ini kita membuat sistem pendidikan dengan tidak merujuk pada Tuhan, hanya dengan mengandalkan akal, secara trial and error. Walhal Rasulullah adalah pendidik teragung yang telah mampu menjadikan bangsa arab jahiliah menjadi bangsa yang agung yang menjadi rujukan dunia hanya dalam tempoh 23 tahun. Satu sistem pendidikan yang telah melahirkan anak-anak dan remaja yang sudah matang di usia yang masih belia. (lihat buku pendidikan Rasulullah karya ASIAMAT)


Remaja yang kuat adalah yang baik bertunjangkan iman

Bila bercakap tentang pendidikan, ia sangat memerlukan ilmu dan pengalaman yang luas sebab fokusnya banyak aspek. Kalau hendak fikirkan bagaimana untuk pandaikan seseorang, itu adalah perkara yang senang. Tetapi kalau hendak pandaikan orang, hendak jadikan dia berakhlak baik, pergaulannya baik, hendak jadikan dia orang yang bertanggungjawab, perkara ini bukanlah mudah. Kalau secara Barat mudah sebab hanya hendak pandaikan. Sebab itu dalam ajaran Islam ini, ia tidak akan anggap orang itu baik berdasarkan yang luar-luar sahaja. Baik itu mesti bertunjangkan iman.

Contoh macam di kampung-kampung, tahun 60-an dahulu, budaya barat tidak ada, pergaulan bebas, bercinta-cinta tidak ada, dadah tidak ada, pengaruh gangster pun tidak ada. Jadi fitrah semulajadi manusia itu tidak dirosakkan oleh unsur lain dari luar. Apa yang terjadi? Orang tidak menipu, tidak kacau orang, bertolong bantu. Waktu itu kalau tidak bertolong bantu, satu kesalahan. Sebab itu kalau isytihar sahaja ada kenduri, masing-masing akan ikut berkenduri dengan apa yang ada. Kenduri menjadi kenduri bersama. Mungkin kita rasa, baiknya orang kampung.

Dalam Islam, baik kerana suasana atau environment, tidak diiktiraf. Ia bukan bertunjangkan akidah dan bukan bertunjangkan iman. Keluar sahaja dari kampung, satu hari sudah rosak. Padahal waktu di kampung dia baik. Dia tidak tahan ujian dan tidak tahan dicabar. Dia dididik oleh suasana. Contohnya, di kampung orang Asli, di tengah-tengah hutan, ada akhlak orang yang lebih baik dari kita kerana dia tidak terpengaruh dengan suasana luar. Suka tolong orang tetapi di segi Islam tidak baik sebab akidah dia rosak. Hutan yang didik dia, bukan Tuhan. Orang tidak nampak akidah. Orang nampak lahir. Nampak baik akhlaknya, baik dengan jiran, berkasih sayang, menolong orang tetapi dia lupa didik anak. Kerana suasana baik, maka anaknya nampak baik. Sekali pergi bandar, musnah kerana dia baik hasil suasana, bukan bertunjangkan Tuhan.

Di Riyadh, pernah berlaku seorang gadis berusia 16 tahun, yang merupakan seorang pelajar tahfiz yang dikatakan baik. Mak ayahnya orang kaya dan beriman. Dalam adik-beradiknya, dikatakan dialah yang paling baik. Suatu hari, dia didapati melakukan maksiat bersama seorang remaja lelaki di rumahnya. Apabila terbongkar, ibubapanya terpaksa kahwinkan dia dan serahkan dia kepada keluarga lelaki. Siapa kata orang yang hafal Quran itu tentu baik atau orang yang pakai purdah itu tentu baik. Sebab itulah baik itu mesti bertunjangkan iman. Budak itu nampak baik kerana mak ayahnya baik. Bukan hasil didikan. Dia ikut sahaja. Dalamnya bolong. Buktinya, bila ada peluang sahaja, dia rosak.

Pernah kami dari Jeddah pergi London. Masa naik kapal terbang, ramai perempuan yang pakai purdah hitam. Turun di London, semuanya hilang. Ternyata mereka salin pakaian dalam kapalterbang. Undang-undang yang paksa dia pakai purdah. Bukan dia hendak. Bukan dari didikan tetapi dia ikut kerana peraturan. Di Pakistan, kadang-kadang orang pakai skirt, lulusan universiti lebih baik dari yang pakai purdah. Yang pakai purdah itu, akidahnya pun tidak betul. Waktu kebangkitan Islam ini, ternyata orang sekular yang hendakkan Islam. Cuma tidak sentuh pakaian. Ertinya akidahnya sudah ada. Itu lebih baik dari orang yang pakai purdah. Pakai skirt itu salah tetapi yang pakai skirt itu sembahyang manakala yang pakai purdah tidak sembahyang. Mengapa dia pakai purdah? Kerana adat atau tradisi sahaja. Di antara 2 yang tidak baik ini, yang pakai skirt lebih baik. Setidak-tidaknya akidah sudah ada. Keyakinan sudah jelas.

Sebab itu dalam Islam, baik itu mesti dididik dengan iman. Orang kalau dia baik atas dasar akidah, campak dia di tempat yang rosak, dia ubah masyarakat. Kalau dia baik kerana enviroment, campak tempat yang rosak, dia jadi jahat. Kerana itu mubaligh-mubaligh Islam dahulu, seorang di tengah-tengah kekufuran, dia boleh mengubah dan mencorakkan masyarakat. Sebab dia baik atas dasar iman. Orang mengaji pondok sangat bahaya. Dia tidak ada peluang untuk buat jahat. Nampak baik tetapi kalau pergi ke bandar, dia penipu besar. Jangan lihat baik di luar sahaja. Di Indonesia, banyak pondok pesantren. Di situ dia berbunuh-bunuh. Mengapa? Kerana mereka hanya dapat ilmu tetapi tidak mendapat didikan. Mereka tidak buat jahat kerana keadaan tidak mengizinkan. Hati sudah jahat. Hatinya harimau cuma tidak boleh hendak menerkam kerana tidak ada peluang.

Sebagai kesimpulannya, remaja tidak akan cukup kuat menahan serangan godaan dunia bila mereka hanya baik secara kebetulan, bukan hasil didikan. Remaja yang baik bukan bertunjangkan iman, nampak baik sebab peluang untuk buat jahat tidak ada. Kalau kurang didikan, hanya ikut sahaja, pergi ke luar, dia cepat rosak. Dia mesti baik hasil didikan, hasil cinta dan takut Tuhan.


Musuh telah berjaya menawan hati anak kita

Faktor Ruhiyah dalam pendidikan yang tidak diperhatikan selama ini, telah melahirkan remaja-remaja yang lemah rohnya. Lemah hubungannya dengan Tuhan. Kalaupun ada yang secara lahir kelihatan baik, tapi belum tentu kebaikan itu atas dasar iman. Jiwanya lemah, cita-cita besar pun tak ada. Baginya yang penting adalah dapat kerja, dapat hidup selesa. Paling jauh lagi setakat hendak membalas jasa orang tua. Oleh itu, kerana faktor dalaman yang begitu rapuh, cita-cita besar pun tidak ada, maka mudahlah remaja ini dirosakkan oleh faktor luar yang memang telah dirancang dengan begitu rapi, berani, untuk menghancurkan masa depan dunia khususnya masa depan umat Islam di dunia. Mudahlah mereka kemudian dirosakkan oleh pengaruh-pengaruh yang ada. Dimulai dari rokok, kemudian arak, bila dah mabuk apapun boleh berlaku, zina, dadah, pembunuhan dan lain lain lagi. Pihak-pihak musuh Islam semakin yakin bahawa kebangkitan Islam akan terjadi semula. Oleh itu mereka sekuat tenaga ingin membendung perkembangan ini. Musuh membuat penyerangan dari segala penjuru, melalui serangan yang berbentuk lahiriah maupun yang berbentuk rohaniah, untuk mengubah akal, fikiran & hati mereka.

....akan bersambung...

Mengembalikan Remaja Ke Pangkuan Kemuliaan

MENGEMBALIKAN REMAJA KE PANGKUAN KEMULIAAN

by kawan sejati
MUQADDIMAH

Kalaulah bumi dapat berbicara, dia akan mengatakan bahwa ia sedang menangis menyaksikan bagaimana kehidupan manusia yang menumpang di atas bumi Tuhan ini sudah sangat haru biru, huru hara. Dimana-mana susah mencari selamat. Yang lebih menyedihkan lagi adalah dimana kerosakan dunia dan gejala sosial yg berlaku majoritinya melibatkan remaja-remaja, muda mudi muslim yang pada pundaknyalah patutnya ada masa depan yang kena dipikul. Mereka adalah bakal pengganti kepada generasi yang ada. Kalau mereka tidak bersiap dari sekarang, maka kerosakan yang sekarang sudah ada akan berlanjutan beratus tahun ke hadapan. Maka hancurlah masa depan dunia.

Sungguh menyedihkan bila mana kita bayangkan "Dimana anak aku. Dengan siapa dia. Apa dia buat, entah ditangkap polis". Ramai orang tua yang menyedari bahawa walaupun anak-anak mereka hidup dalam satu rumah dengan mereka, ternyata anak-anak mereka sudah sangat jauh hubungan hatinya dengan ibu dan ayah, masing-masing dengan kehidupannya sendiri.

Data terkini yang mengejutkan dari kementerian kesihatan menyatakan bahawa 80% dari remaja di negara ini sudah rosak. Ertinya tinggal 20% saja yang tidak rosak. Bila dikatakan tidak rosak, belum tentu mereka juga tidak bermasalah. Sebab bila mereka baik yang tidak ditunjang iman, maka tidak ada jaminan mereka akan selamat bila mereka pun terdedah dengan berbagai kejahatan.

Ramai para cerdik pandai, pemikir-pemikir dunia, para pemimpin, yang telah mencari jalan keluar dari masalah besar ini, namun sayang kebanyakannya menggunakan akal semata, dan lupa untuk merujuk permasalahan ini pada Tuhan. Sehingga nampaknya permasalahan bukan berkurang bahkan terasa semakin parah menghimpit rasa dan harapan manusia.

Punca segala masalah di dunia ini sebenarnya adalah kerana manusia sudah lupakan Tuhan. Bila manusia lupa Tuhan, Allah datangkan berbagai peringatan. Kini, kerosakan di dunia bahkan sudah mengalami jalan buntu. Tidak ramai orang yang mencari jalan penyelesaian dengan merujuk pada Tuhan. Padahal di awal kurun hijriyah ini bukan saja Tuhan boleh selesaikan segala masalah di dunia, bahkan Tuhan berjanji bahwa Islam akan kembali gemilang bermula dari Timur. Namun sayang, peluang ini lebih difahami oleh kaum Yahudi. Oleh sebab itu mereka semakin bersungguh-sungguh merancang untuk membendung kebangkitan ini, diantaranya dengan membuat serangan terhadap generasi muda Islam.

Musuh itu, ibarat tidak dapat taring, tanduk dipulas. Azam Yahudi kepada umat Islam ialah kalau tidak dapat bapa, dia pastikan dapat anaknya. Tentu kita yang ada Allah dan Rasul, ada kekuatan yang lebih besar daripada Yahudi itu. Setiap hari lima kali sehari semalam, kita wajib mengaku kepada Allah bahawa sembahyang, ibadah dan hidup mati kita adalah untuk Nya.

Perlu disedari bahwa sebenarnya kita sedang berhadapan dengan kenyataan bahawa remaja-remaja hari ini telah ditawan oleh musuh dalam peperangan minda, politik, kebudayaan yang sedang begitu gawat. Mereka menggunakan seluruh senjata canggih untuk menepati kehendak mereka seperti menggunakan media masa, menaja pergaulan bebas, program-program kegiatan sosial yang sangat menarik sehinggakan kita bagai putih mata kerana kebenaran sering tewas dalam pertarungan ini.

Sebagai manusia yang bertanggung jawab, semoga kita bukan memilih hanya sebagai pemerhati saja. Sebaliknya kita perlu ingat bahwa Tuhan akan bertanya pada kita dengan apa yang telah kita buat, yang juga yakin bahawa kebangkitan Islam pasti berlaku bermula dari sebelah Timur, maka kita mesti memulakan satu usaha yang amat serius untuk pastikan kita akhirnya akan memenangi peperangan ini, sehingga manusia mahu mengembalikan cinta kepada yang sepatut dicinta, iaitu Tuhan yang Agung. Rasulullah berjaya menarik orang-orang Musyrikin Mekah untuk mencintai Allah dan meninggalkan cinta lama mereka. Menukar hati daripada kecintaan asal kepada kepada cinta yang baru (cinta Tuhan) itu hanyalah kerja para Rasul, Nabi dan orang-orang pilihan Tuhan. Keadaan dunia yang sudah buntu sekarang ini tidak akan dapat diselesaikan kecuali dengan didatangkan wakil Tuhan yang akan membawa ilmu dan kaedah yang agung yang sangat berzeda dari kaedah hasil perahan akal manusia yang paling cerdik sekalipun.

Buku ini menghurai berbagai punca dari kerosakan remaja zaman ini, serta kaedah yang dapat digunakan dalam mengembalikan mereka ke jalan Tuhan. Bab akhir dalam buku ini membentangkan bagaimana kaedah ini diapplykan dalam study case pada remaja-remaja yang memang telah rosak.

Semoga panduan-panduan dalam buku ini akan dapat mendorong kita untuk lebih bersungguh-sungguh lagi mencari pemimpin yang Tuhan kirim untuk menyelesaikan masalah pendidikan dan seluruh aspek kehidupan di dunia ini, sehingga Tuhan segera berikan satu kehidupan yang aman damai berkasih sayang serta selamat hingga di akhirat nanti. Amin 
bersambung

IMAM MAHDI

Ringkasan Perbedaan Imam Mahdi Sunni - Syiah

 Berdasarkan sumber-sumber sahih daripada kedua-dua belah pihak, Sunnah dan Syiah, memang diakui terlalu besar perbedaan antara Syiah dengan Ahlus Sunnah. Berikut adalah antara perbedaan yang amat ketara itu. Syiah yang dijadikan perbandingan ini adalah firkah Syiah Imamiah Isna Asyariyah.
  Syiah Imamiah Ahlus Sunnah wal Jamaah
Jawatan Imam Kedua Belas & terakhir bagi Syiah Imamiah. Wali Qutub & tidak ditentukan sebagai yang kedua belas.
Nama Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari. Muhammad bin Abdullah.
Keturunan Ahlulbait, generasi kedua belas. Ahlulbait, generasi ke-33.
Nama Bapa Al-Hasan Al-Askari bin Ali Al-Hadi. Abdullah bin (tidak ditetapkan).
Nama Ibu Narjis Khatun. Aminah binti (tidak ditetapkan).
Keturunan Ibu Rom / Eropah. Ajam.
Tempat Lahir Kota Samarra, Iraq. Wilayah Ajam / Timur.
Kuniyat Abu Qasim. Abu Abdillah.
Bangsa Arab Quraisy, Alawiyin. Arab Quraisy + Ajam.
Makam Kota Karbala, Iraq. Baitulmaqdis, Palestin.
Perkahwinan Belum berkahwin. Sudah berkahwin.
Pemerintahan Kira-kira seribu tahun. Kira-kira empat puluh tahun.
Pembantu 4 orang Naib / Bab. Ikhwan / Abdal / Nujabak / Asoib.
Ghaib Ghaib as-Sughra (ghaib kecil) & Ghaib al-Kubra (ghaib besar). Masuk ke alam wali & kini adalah Ketua Rijalul Ghaib.
Umur 6 atau 9 tahun. 40 tahun +
Taraf Maksum, Imam Suci. Wali Qutub / Sayidul Mujaddidin
Pelantikan Ditunjuk secara khusus. Ditunjuk secara umum.
Aurad / Tarekat Tiada. Ada / Wirid Tarekat.
Konsep Ada Raj’ah. Tiada Raj’ah.
Kepercayaan Rukun iman. Furuk-furuk kepada rukun iman.
Bilangan hadis Lebih kurang seribu buah. Tidak sampai seratus.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik