MENGEMBALIKAN REMAJA KE PANGKUAN KEMULIAAN
by kawan sejati
MUQADDIMAH
MUQADDIMAH
Kalaulah bumi dapat berbicara, dia akan mengatakan bahwa ia sedang
menangis menyaksikan bagaimana kehidupan manusia yang menumpang di atas
bumi Tuhan ini sudah sangat haru biru, huru hara. Dimana-mana susah
mencari selamat. Yang lebih menyedihkan lagi adalah dimana kerosakan
dunia dan gejala sosial yg berlaku majoritinya melibatkan remaja-remaja,
muda mudi muslim yang pada pundaknyalah patutnya ada masa depan yang
kena dipikul. Mereka adalah bakal pengganti kepada generasi yang ada.
Kalau mereka tidak bersiap dari sekarang, maka kerosakan yang sekarang
sudah ada akan berlanjutan beratus tahun ke hadapan. Maka hancurlah masa
depan dunia.
Sungguh menyedihkan bila mana kita bayangkan "Dimana anak aku. Dengan
siapa dia. Apa dia buat, entah ditangkap polis". Ramai orang tua yang
menyedari bahawa walaupun anak-anak mereka hidup dalam satu rumah dengan
mereka, ternyata anak-anak mereka sudah sangat jauh hubungan hatinya
dengan ibu dan ayah, masing-masing dengan kehidupannya sendiri.
Data terkini yang mengejutkan dari kementerian kesihatan menyatakan
bahawa 80% dari remaja di negara ini sudah rosak. Ertinya tinggal 20%
saja yang tidak rosak. Bila dikatakan tidak rosak, belum tentu mereka
juga tidak bermasalah. Sebab bila mereka baik yang tidak ditunjang iman,
maka tidak ada jaminan mereka akan selamat bila mereka pun terdedah
dengan berbagai kejahatan.
Ramai para cerdik pandai, pemikir-pemikir dunia, para pemimpin, yang
telah mencari jalan keluar dari masalah besar ini, namun sayang
kebanyakannya menggunakan akal semata, dan lupa untuk merujuk
permasalahan ini pada Tuhan. Sehingga nampaknya permasalahan bukan
berkurang bahkan terasa semakin parah menghimpit rasa dan harapan
manusia.
Punca segala masalah di dunia ini sebenarnya adalah kerana manusia sudah
lupakan Tuhan. Bila manusia lupa Tuhan, Allah datangkan berbagai
peringatan. Kini, kerosakan di dunia bahkan sudah mengalami jalan buntu.
Tidak ramai orang yang mencari jalan penyelesaian dengan merujuk pada
Tuhan. Padahal di awal kurun hijriyah ini bukan saja Tuhan boleh
selesaikan segala masalah di dunia, bahkan Tuhan berjanji bahwa Islam
akan kembali gemilang bermula dari Timur. Namun sayang, peluang ini
lebih difahami oleh kaum Yahudi. Oleh sebab itu mereka semakin
bersungguh-sungguh merancang untuk membendung kebangkitan ini,
diantaranya dengan membuat serangan terhadap generasi muda Islam.
Musuh itu, ibarat tidak dapat taring, tanduk dipulas. Azam Yahudi kepada
umat Islam ialah kalau tidak dapat bapa, dia pastikan dapat anaknya.
Tentu kita yang ada Allah dan Rasul, ada kekuatan yang lebih besar
daripada Yahudi itu. Setiap hari lima kali sehari semalam, kita wajib
mengaku kepada Allah bahawa sembahyang, ibadah dan hidup mati kita
adalah untuk Nya.
Perlu disedari bahwa sebenarnya kita sedang berhadapan dengan kenyataan
bahawa remaja-remaja hari ini telah ditawan oleh musuh dalam peperangan
minda, politik, kebudayaan yang sedang begitu gawat. Mereka menggunakan
seluruh senjata canggih untuk menepati kehendak mereka seperti
menggunakan media masa, menaja pergaulan bebas, program-program kegiatan
sosial yang sangat menarik sehinggakan kita bagai putih mata kerana
kebenaran sering tewas dalam pertarungan ini.
Sebagai manusia yang bertanggung jawab, semoga kita bukan memilih hanya
sebagai pemerhati saja. Sebaliknya kita perlu ingat bahwa Tuhan akan
bertanya pada kita dengan apa yang telah kita buat, yang juga yakin
bahawa kebangkitan Islam pasti berlaku bermula dari sebelah Timur, maka
kita mesti memulakan satu usaha yang amat serius untuk pastikan kita
akhirnya akan memenangi peperangan ini, sehingga manusia mahu
mengembalikan cinta kepada yang sepatut dicinta, iaitu Tuhan yang Agung.
Rasulullah berjaya menarik orang-orang Musyrikin Mekah untuk mencintai
Allah dan meninggalkan cinta lama mereka. Menukar hati daripada
kecintaan asal kepada kepada cinta yang baru (cinta Tuhan) itu hanyalah
kerja para Rasul, Nabi dan orang-orang pilihan Tuhan. Keadaan dunia yang
sudah buntu sekarang ini tidak akan dapat diselesaikan kecuali dengan
didatangkan wakil Tuhan yang akan membawa ilmu dan kaedah yang agung
yang sangat berzeda dari kaedah hasil perahan akal manusia yang paling
cerdik sekalipun.
Buku ini menghurai berbagai punca dari kerosakan remaja zaman ini, serta
kaedah yang dapat digunakan dalam mengembalikan mereka ke jalan Tuhan.
Bab akhir dalam buku ini membentangkan bagaimana kaedah ini diapplykan
dalam study case pada remaja-remaja yang memang telah rosak.
Semoga panduan-panduan dalam buku ini akan dapat mendorong kita untuk
lebih bersungguh-sungguh lagi mencari pemimpin yang Tuhan kirim untuk
menyelesaikan masalah pendidikan dan seluruh aspek kehidupan di dunia
ini, sehingga Tuhan segera berikan satu kehidupan yang aman damai
berkasih sayang serta selamat hingga di akhirat nanti. Amin
bersambung
Tidak ada komentar:
Posting Komentar