PENDIDIKAN BUKAN UNTUK MELAHIRKAN ORANG PANDAI
by kawan sejati
Dalam ajaran Islam, target pendidikan bukanlah hendak melahirkan orang pandai saja. Yang kita harapkan dari pendidikan, adalah lahirnya manusia-manusia yang :
Dalam ajaran Islam, target pendidikan bukanlah hendak melahirkan orang pandai saja. Yang kita harapkan dari pendidikan, adalah lahirnya manusia-manusia yang :
berakhlak mulia,
bersungguh-sungguh dalam beribadah,
benci dunia,
boleh berkasih sayang,
bantu membantu dan
maju dalam pelajaran .
bersungguh-sungguh dalam beribadah,
benci dunia,
boleh berkasih sayang,
bantu membantu dan
maju dalam pelajaran .
Tetapi dunia hari ini hendak satu iaitu hendak orang pandai. Bila ia
fokuskan itu, orang tidak fikir lagi kasih sayang, kerjasama, tidak
fikir masa depan. Kalau hendak didik orang atas dasar pandai, senang.
Hendak jadi syaitan atau jadi jin, tidak kira. Tetapi itukah yang kita
hendak. Kalau manusia sudah rosak, apa nilainya lagi.
Apakah dunia boleh diselamatkan hanya dengan orang-orang pandai sahaja?
Tentu tidak boleh. Bahkan ramai orang yang bertambah pandai, maka akan
bertambah berat kejahatan yang dibuatnya. Tidak pandai pun tidak apa
kalau akhlak dia baik, kalau orang cinta Tuhan, kalau ada kasih sayang
dan perpaduan. Inilah rosaknya dunia hari ini. Hanya fikir macamana
hendak dapat A, hendak dapat 5A atau 8A. Akhlak tidak fikir, kasih
sayang, perpaduan, kerjasama, kejujuran tidak difikirkan.
Pelajar yang punya otak yang baik, barangkali dia boleh pandai tetapi
belum tentu dia boleh buat kerja. Boleh jadi dia jumud. Belum tahu dia
seorang yang boleh beribadah dengan baik. Belum tahu dia boleh berkasih
sayang dengan semua orang. Belum tahu dia boleh sabar dengan semua ujian
yang Allah berikan dan belum tahu dia boleh benci dunia. Jangan-jangan
dia gila dunia. Kalau begitu, dia bukanlah calon pelajar terbaik.
Jangan-jangan yang secara lahir kelihatan jahat itu seorang yang sangat
boleh berkasih sayang dengan orang dan lebih bijak.
Namun sudut kepandaian inilah yang diambil oleh negara dalam menilai
seseorang. Kerajaan menganggap kejayaan itu adalah berjaya dalam
pelajaran. Sebab itu ditumpu ke arah itu. Pelajar yang pandai akan
dibelai-belai, hingga akhirnya lahirlah manusia sombong. Dia rasa dia
superman, sebab dilayan lebih istimewa dari pelajar yang tidak pandai.
Kelas pun dibuat pemisahan berdasarkan kepandaian pelajar. Ini mengajar
orang berkasta-kasta, ada kroni-kroni. Orang yang tercicir, dia tidak
pedulikan. Datang sakit hati dan dendam. Betapa bahayanya kalau terjadi
begitu.
Dalam mendidik dan menilai manusia, Islam tidak memandang hanya dari
satu sudut. Kita mesti menerima setiap orang ada peranannya kepada
masyarakat dan kepada dunia ini. Tidak seorang pun dilahirkan sia-sia.
Maka setiap satu kelas elok dicampurkan. Setiap orang mempunyai
kelebihan dan kelemahan masing-masing. Orang yang akalnya cerdik tidak
mesti baik dalam hal-hal yang lain. Ukuran pendidikan bukan pada akal
yang baik sahaja. Orang yang akalnya baik sahaja, mungkin dia boleh jadi
pandai tetapi mungkin orang itu tidak boleh membuat perniagaan dengan
jayanya. Sedangkan dunia memerlukan budayawan, korporat, pemimpin, cikgu
dan lain-lain.
Kalau hendak adakan kelas, subjek tidak sama, itu boleh
dipisah-pisahkan. Contohnya subjek berniaga, maka bolehlah dikumpulkan
orang-orang yang sama-sama hendak belajar berniaga. Tetapi bila
berkaitan dengan perkara bersama, itu elok dikumpulkan satu supaya tidak
timbul konflik jiwa dan perasaan sebab kalau kita bahagi-bahagi
berdasarkan akal semata, sedangkan perkara yang hendak diceritakan itu
sama, kedua-dua puak rosak. Satu puak rasa tersisih, tidak dihargai.
Mentang-mentanglah jahat. Puak yang satu lagi akan menjadi sombong.
Sekali lagi pelajar tidak baik bila dipisahkan berdasarkan kepandaian.
Kecuali kalau hendak belajar subjek yang tidak sama. Tetapi kalau subjek
sama, dipisahkan atas dasar kepandaiannya, bahaya bagi semua golongan.
Dua-dua golongan akan rosak.
Jangan kerana hendak selamatkan pelajarannya di umur muda, lupa bahawa
nanti akan wujud kasta-kasta. Pengasingan yang selama ini dibuat ikut
pandai atau tidak berdasarkan keputusan peperiksaan. Ia satu teori barat
yang dipakai dalam sistem pendidikan. Macam sijil, itu adalah teori
barat. Mengikut akal ada logiknya. Kalau ada sijil, kita tahu dia
belajar. Tapi belum tentu pandai. Setidak-tidak, kita dapat kesan yang
dia belajar. Side effectnya, orang yang pandai tetapi tidak ada sijil
dikorbankan. Kita akui sijil itu membuktikan dia belajar. Tetapi apa
akan berlaku kepada orang yang pandai tetapi tidak ada sijil? Karena
ukurannya sijil,akhirnya orang pandai tak bersijil tak dimanfaatkan oleh
negara. Ertinya negara tak gunakan aset dari Tuhan untuk negara
tersebut.
Kalau kita lihat sejarah zaman kegemilangan Islam di beberapa negara
Arab di Timur Tengah, kesan-kesan sejarah menunjukkan dalam sebuah
masjid itu ada 5-6 kelas di penjuru-penjuru masjid. Itu bukan dikatakan
ini budak Sains sahaja atau budak sastera sahaja. Siapapun boleh masuk
di situ. Katalah ada yang hendak belajar dengan Hassan Basri, maka dia
pergilah belajar subjek pagi itu tidak kira berapa umurnya, walau apa
pun kategori manusianya. Sistem itu melahirkan manusia syumul.
Ada satu kisah menarik, realiti sejarah. Waktu Sayidina Ali menjadi
Amirul Mukminin, khalifah yang keempat, waktu itu Islam sudah menjadi
empayar. Pusat pemerintahannya di Iraq. Ada sebuah masjid terkenal di
Basra.Satu hari, Sayidina Ali pergi buat melawat masjid itu. Masa itu
ramai lagi sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang masih hidup tetapi sudah
tua. Ada yang berumur 80, 90 dan 100 tahun. Saidina Ali melawat Masjid
Basra. Antara yang mengajar di masjid itu ialah Hassan Al Basri yang
waktu itu baru berumur 12 tahun. Sayidina Ali terkejut. Yang belajar itu
ada yang muda-muda, yakni golongan tabiin, ada juga di kalangan Sahabat
yang menjadi murid Hassan Al Basri. Jadi yang menjadi muridnya, ada
yang berumur 20 tahun dan ada yang berumur 90 atau 100 tahun. Yang
mengajar berumur 12 tahun iaitu Hassan Al Basri, seorang ulama besar.
Sayidina Ali buat spot check kepada guru-guru yang sedang mengajar di
setiap penjuru mesjid. Jadi orang semua tidak bersedia. Kalau tidak,
tentu tidak buat kelas hari itu sebab pemimpin datang. Sayidina Ali buat
satu soalan dan siapa yang boleh jawab soalan, boleh terus mengajar.
Kalau tidak boleh jawab, tidak boleh mengajar lagi di masjid itu.
Sedangkan semua yang ada itu adalah ulama besar.
Soalannya ialah, Apakah yang boleh menyelamatkan manusia daripada tipuan dunia? Seorang pun tidak boleh menjawab dengan tepat melainkan Hassan Al Basri. Dia kata, apa yang boleh menyelamatkan manusia ini daripada tipuan dunia ialah zuhud. Dengan perintah khalifah, semuanya tidak boleh mengajar lagi kecuali Hassan Al Basri. Itulah kehebatan pemerintahan Islam waktu itu. Muda-muda lagi sudah jadi ulama.
Soalannya ialah, Apakah yang boleh menyelamatkan manusia daripada tipuan dunia? Seorang pun tidak boleh menjawab dengan tepat melainkan Hassan Al Basri. Dia kata, apa yang boleh menyelamatkan manusia ini daripada tipuan dunia ialah zuhud. Dengan perintah khalifah, semuanya tidak boleh mengajar lagi kecuali Hassan Al Basri. Itulah kehebatan pemerintahan Islam waktu itu. Muda-muda lagi sudah jadi ulama.
Cara Barat menetapkan keistimewaan hanyalah pada kemampuan akalnya. Ini
sangat tidak sesuai untuk manusia sebab bagi manusia akal itu bukan
keutamaan. Raja diri manusia itu ialah rohnya. Jadi kita hendak cari
siapa yang paling tinggi rohnya, itu pelajar terbaik dalam kelas kita.
Biasanya budak yang rohnya bagus, akalnya turut ikut bagus. Kalau ada
yang akalnya best in the world, tetapi bila jin sudah masuk dalam
hatinya, pada kita itu mereka itu syaitan sahaja. Menilai ruhiyyah
manusia itu mesti dimasukkan dalam silibus. Sistem pendidikan mesti
dapat melahirkan anak-anak yang kuat rohnya, terasah akalnya dan
terdidik nafsunya.
Sekolah yang canggih bukan terletak pada kegagahan bangunannya, bukan
pula pada sijil pensyarah-pensyarahnya. Secara mata lahir dan akal pun
kita sudah melihat bahwa kegagahan bangunan sekolah tidak pun dapat
menjadikan orang Islam dapat mengatasi bangsa lain. Kecanggihan sekolah
adalah diukur sejauh mana sekolah itu dapat membawa pelajarnya pada
Tuhan. Sejauh mana sekolah itu dapat melahirkan orang-orang Tuhan.
Pendidik perlu benar-benar mengenal manusia yang akan dididiknya dan
juga para pendidik mesti mengenal Tuhan agar ia dapat membawa anak
didiknya menuju Tuhan. Jika hal ini benar-benar diberi tumpuan,
insyaAllah, demi Tuhan yang Maha Kuasa, Tuhan tidak akan menyia-nyiakan
usaha ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar